11 September 2013 - 19:30
Wakil Islam - Kristian kecam serangan terhadap kota Maloula dan tempat agama di Syria

Wakil-wakil agama Islam dan Kristian mengecam serangan terhadap tempat-tempat suci di Syria dan negara-negara Arab lain.

  لقاء اسلامي مسيحي في لبنان ضد الاعتداء على المقدسات في سورياWakil-wakil agama Islam dan Kristian mengecam serangan terhadap tempat-tempat suci di Syria dan negara-negara Arab lain.Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wakil-wakil agama Islam dan Kristian mengecam serangan yang disasarkan ke atas kota Maloula, rumah ibadat dan tempat-tempat suci dalam satu pertemuan, di Lubnan petang kelmarin. Pertemuan ini telah membincangkan perkembangan terbaru dan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan militan Takfiri terhadap tempat-tempat suci.Antara yang menghadiri pertemuan ini ialah Naib Presiden Majlis Tertinggi Syiah Lubnan, Syeikh Abdul Amir Qabalan, mufti Lubnan Syeikh Muhammad Rashid Qabbani, ahli Majlis Katolik Akliriki Oganius Kafouri, Patriach Armenia Ortodok Lubnan Aram Al-Awwal Kayshishiyan, paderi Koptik Lubnan, Syeikh Abdul Nasir Jabari selaku Setiausaha Agung pertubuhan Gerakan Ummah dan beberapa orang ulama Syiah dan Sunni daripada Kesatuan Ulama Muslimin.Resolusi pertemuan dibacakan oleh mufti Lubnan, Syeikh Muhammad Rashid Qabbani, Syeikh Ghazi Hanina yang mengandungi fatwa tentang jenayah golongan takfiri terhadap tempat suci Islam dan Kristian seperti pembongkaran kubur para wali dan orang soleh, serangan terhadap beberapa tempat suci antaranya makam Sayyidah Zainab, Sakinah, Hujur bin Adi al-Kindi dan Masjid bersejarah Halab.Resolusi turut meminta semua negara dan penduduk dunia agar bertanggungjawab menyelamatkan apa yang masih terselamat di Kota Maloula dan kota-kota penduduk Kristian yang lain. Selain itu para universiti al-Azhar dan para ulama dan pertubuhan agama didesak agar menyatakan pendirian mereka dalam bentuk kenyataan media dalam menolak aksi-aksi ganas yang dilakukan kumpulan Takfiri.Selain itu penduduk Kristian yang memang sudah lama menetap di negara-negara Arab sebelum kedatangan Islam perlu dilindungi segera. Mereka juga turut mendesak ahli-ahli politik di Lubnan agar mengadakan lawatan ke luar negara dalam rangka membantu golongan minoriti ini di negara Arab. Seruan ini hendaklah dinyatakan di khalayak umum terutamanya di rumah ibadah seperti di masjid, husainiyah dan gereja. Antara yang diusulkan ialah menyalakan lilin sebagai tanda kesetiakawanan bagi penduduk Maloula dan kota-kota lain.Para perwakilan juga meminta pihak berwajib mengkritik secara terang-terangan pendirian mereka yang membantu golongan Takfiri samada dalam bentuk moral atau persenjataan. Selain itu mereka menolak sebarang bentuk campur tangan asing di negara Syria sambil menganggap perbuatan tersebut sebagai permusuhan dengan negara lain.